about ✿ more ✿ Entry ✿

Assalamualaikum


Rasa malas gila nak pergi kerja sekarang . Bulan 3 result dah nak keluar. OMGehhh. Aku rasa result aku macam teruk je T_T sumpah takut gila. dulu time pmr rilek gila gua cakap. Hahaha. Sekarang rasa nak ternangis termati termuntah tercekik tercirit *lol* hahaha. Redha aje lah, nak putar balik masa tak boleh. kalau lah time travel wujud. macam-macam aku nak buat. Aku nak betulkan semua silap yang aku pernah buat so takde lah orang sakit hati sedih marah dengan aku. hihihi. Tapi tak boleh sebab kita boleh baiki kelemahan kita. Kalau jenis yang tak gheti-gheti nak baiki diri tuuu. Ish ish ish. Bila nak berubah?! Hahahaha lol cakap orang, diri sendiri tak tengok.



By the way, dah dengar lagu Dark Horse - Katy perry ? Gua memula suka lagu tuu .. tapi tapi tapi ! Katy dah mempermainkan perasaan gua. Dekat minit keberapa tah, ada sorang lelaki first yang datang jumpa dia pakai necklace lambang Allah. Then katy sambar petir bla bla dekat laki tu, then lelaki tu jadi abu then rantai tu jatuh. Sumpah clear gila lambang tu. Nak nak kalau video HD. Pehhh. Tak pun pergi search je kat google. nanti jumpa ah. Konon nak tiru Cleopatra , bij please. Hahaha. Well at least respect others religion, we ought to respect others right? Kalau baca komen dekat youtube, ada gak muslim yang backup cara berhemah dengan tak berhemah langsung. Kita kalau nak tegur berhemah ni ada cara. Even kalau dah bengang, kita tegur cara berhemah selit sikit perli. ahahah. Macam 'Yo katy so fat, when she turn around, it's tomorrow.' Ni perli secara kinayah, if you know what does it mean :P hahahaha.

Gua tak paham kenapa ade je yang nak benci islam. Terrorist ? Lol what? Siapa yang serang siapa? Kaji dulu baru assume apa-apa. Jangan jadi orang bongok ikut je perkembangan dekat buletin utama. Eh lol ! hahahaha. Yang lagi pelik, dengan melayu-melayu sekali bengap kuasa limaplohlapan. Duh think k think. Lain kali makan kangkung, baru otak tu generate laju sikit. Okay? 1 Malaysia ! lol, bahaya bahaya. nanti kena report. haks. 'Orang islam sendiri yang merosak kan islam.' Well said. Okay nak layan korea, hahaha assalamualaikum !

Don't Judge Me, I'm Innocent. HAHAHA


Cuci mata :P / 0 comments (+)
Assalamualaikum !



So harini, letih letih letih. Tak ade orang langsung harini, tak ada sale ! nasib baik ada Steve ! LOL ! Siapakah Steve? Okay. Steve ialah Kim Soo Hyun + Chunji versi cina woih. hihihi. Counter dia depan counter aku je. Sejuk mata memandang bila tak ada customer. Suka doh tengok dia doh dohh. hahaha. Tapi dia perasan aku asyik tengok dia. hahaha i'm dead. Dia part time je ganti permanent dia. So esok mesti dia tak ada T_T sedih ah camniii. Tadi masa tak ada customer , kawan gua, Moly kena kan dia. heks. Alololololo cian abang steve ite *tampo diri sendiri* Tapi tapi tapi .... dia dah ada girlfriend. Tapi tapi tapi... kalau dia tak ada girlfriend pun, macam dia nak kat aku. Melayu kannn. kahkah. lol dia sekadar pencuci mata masa bosan :P teruk bunyinye. hahahahaks. Maaf lah, aku memang camni. Tak boleh tengok orang muka korea ni. Dalam hati tadi, ya allah. Hensem nye ciptaan tuhan. Hensemnye hensemnye hensemnye . Bongok betei aku. kahkahkah. Girlpreng dia form 5. hmm hmmm. aku pernah nampak dorang dating. hm hm hmmmm ! Sudah lah, aku dah ade crush . Kan crush kannnnn. hahahahaha lol gedik gila -.- k bye !

nah hadiah


Mintak kaki ke tangan ? / 0 comments (+)
Assalamualaikum !



Maaf kan beta kerana sudah 2 hari tidak me-ngapdate. Beta busy bekerja. Dan busy melayan karenah makcik-makcik pekerja di tempat beta. Suka jaga tepi kain orang, nasib tepi. Semak oihhh. Nasib aku ni jenis tak bercampur dengan golongan 'makcik' ni. Tapi semenjak dua menjak tiga menjak ni, ade lah jiran gua di tempat kerja ni. Pehhh, mulut dia weiii. Macam taik ikan dohh. Ibarat taik ikan yang dah lama diperap dalam plastik sampah ! Alkisah dia, dia ni gua tak tau ah. Jenis tak sayang mulut ke ataupun jenis gurau kasar tahap kertas pasir. Gua tak tau lah ade hari tu dia nak gurau dengan gua ke ape kan. Masa tu gua tengah melayan ombak rindu depan escalator sebab counter gua depan escalator. Tak kan gua nak pandang lif yang nun jauh dekat pintu entrance pulak kan. Logic k logic. Tapi bak kata pewdiepie , 'fxck logic' ? Maybe logic dah tak logic lagi, siapa tahu kan. *maaf terkasar bahasa, salahkan poodiepie!*

Okay sambung balik. Masa tu dia baru masuk kerja, kira nya nak pergi counter dia ah kann. Lepastu, tiba-tiba dia lalu depan gua sambil berkata. "Hai, hang ni nak jual muka ke apa duk pandang-pandang orang" sambil buat muka tengik dia yang makeup setebal lapanploh inch. Eiii, gua masa tu rasa macam. Eh akak ni, main gurau kasar pulak, satgi aku keluar kan satu rahsia yang ko sendiri taktau aku tau pasal ko satgi. Haaaa, tapi malas lah kan nak jadi mulut bisa ni. Kita leklu, kita tengok permainan dia. Gua dengan muka suci gua hanya mampu tersenyum manis. Sangat manis ! Lepas tu gua teruskan lah ber-ombak rindu. Suka hati gua lah gua nak pandang siapa. Mata gua lu kasi ke? Haaa kau .

Ade satu hari ni lagi. Dia boleh kutuk gua, depan customer doh. Dah lah time tu gua tengah mengemas, ape salah gua T_T Gua nak cerita pun rasa macam terhina. hahahaha. Then, gua sembang dengan kawan gua, tetiba kawan gua cakap pasal akak ni. Dia cerita lah, haritu dia senyum dekat akak ni, yelah , kteorang budak fresh lagi kannn. Tapi mentah-mentah ko ingat kteorang jenis senang-senang ko nak pijak kepala kteorang. Unless ko tinggi gila ah kan nak pijak kepala kteorang. Kehkeh. Pastu, akak tu boleh je buat muka buduh dia terus blah. At least senyum lah balik doh. Pehal sombong sangat, ingat orang nak sangat senyum kat dia -.- Gua ingatkan dia sorang je yang macam hape je kannn, ghupenye ramai woiii. Lantak kome lah, asal kan tiap bulan gaji gua masuk sudah. Kau buat kerja kau, jangan sibuk nak tau pasal aku. Nak anggap aku sombong ke hape, biaq pi. Asal gua bahagia :P

Okay, esok gua shift morning, rabak mata gua. Hihihi. Bye bye, assalamualaikum !


Korea ? Lelaki Idaman ! / 3 comments (+)
Assalamualaikum ! (Diingatkan post ni gedik-poyo sikit)

Tak tau pehal gua letak gambar Elsa

Bila baca title, kemain kau lelaki idaman. hahaha lol. Tapi aku dah lama sebenarnya nak buat post jetjet gini. Entoh dapat ke idak kan lelaki idaman nye. Ahaks. baru 18 dah gedik nak cite pasal lelaki idaman. puiii. Okay itew sajew jeww. Di sebabkan aku peminat tegar drama korea dan retis korea since daripada darjah 4 lagi, otak aku telah diracuni. Semua benda aku nak korea. Tapi sekarang dah kurang sikit sebab tak ada masa nak layan sangat. Sad lifeu. Sampai future husband pun aku nak korea , kahkahkah over sia. Tapi tak dapat korea, ala-ala korea pun jadi ah kan. Biasa lah, kalau kita tengok drama korea, astaghfirullahalazim ! Sweet gila hero dalam drama tu. Rasa macam nak ganti kan diri dengan heroin tu. Ahaks ! Tapi drama kan, entah betul ke idok sweet nye. Tapi dulu masa aku bergiat aktif korea-korea ni, aku ade beberapa kawan orang korea. Who know how to speak english well. Dorang cakap, memang lelaki sweet sawit ni wujud kat sana, katenye lah kan, kate dia , bukan aku. Lelaki lagi setia dari perempuan kat sana. Hekhek. Haritu aku ada tengok cerita apatah, dokumentari kot, aku tengok orang korea lalu lalang kat belakang pun cun hensem. Betul ke idak, kita ye kan je. Mana tau deme upah suruh lalu lalang kan . Hahaha

So, berbalik kepada topik asal. Ciri-ciri lelaki idaman aku adalah *drumroll* :-

  • Sebab aku pendek, so aku lebih minat lelaki yang tinggi daripada aku :P
  • Skin colour, hahahaha biasa sudah lah, kalau putih dikira bonus ! HAHAHA
  • Seorang yang sweet bukan sawit, romantik yawww , setia, baik bla blaaa 
  • Kaya? So technically gua tak pandang harta , tapi mampu tanggung keluarga cukup lah. Kehkehkeh
  • Pandai? IQ dia taraf aku cukup lah. HAHA. Satgi IQ tinggi melambung, malu je kan. kikiki
  • Lagi seronok kalau minat dia sama dengan aku, minat korea dikira bonus xP
  • Tapi yang paling penting dia beragama lah ! Hormat orang tua. Ni kalau dapat yang jenis orang tua dia tengok kecik besar kecik besar je. Haaa tu layak dibaham rimau. 
  • Jenis yang sombong & pemalu maybe? hahaha. Well, jenis ni susah nak cari, tapi macam ni baru okay !
  • Seorang yang pembersih dan stylo. Hahaha k not necessary stylo tuu. Tapi bonus jugak !
  • Seorang yang sedap mata memandang. Bila tengok muka dia, ade lah nampak Nur kan. Tapi kalau hensem tu. Bonus gak ahhh. HAHAHA
Okay aku rasa 10 dah cukup. Satgi ada yang muntah pelangi satgi, tak memasal kan. Hahaha. Mostly ramai perempuan suka lelaki yang tough taff ni, tapi bagi aku dia kurus berisi sikit tu dah lah. Tough macam jongkook tu ngak mau lahh. ahahaha. Semenjak layan cerita My Love From The Star ni kan, suka pulak aku tengok hero dia. Gila tak suka. Gila tak hensem. Haha. Tapi dulu masa aku tengok cerita Dream high, kan ada dia belakon yakni Kim Soo Hyun si alien handsome. Aku tengok dia selebet je. Kahkah. Semenjak break dengan aku, haaa kauu. Hensem to the moon and back. hahaha. Menyesal break weh ! HAHAHA.

Alien handsome. Tadaaa !
Tapi dia just ex aku je lah. Tapi dia handsome lah. Hm hmmm jom couple balik? hahahaha lol k k. Cinta hati gua still mamat ni. Entah kenapa aku minat dia, dah lah pendek , lembik ! Ayam pulak tu ! Tapi itu lah yang aku minat. Siapa? Hehehe. Jap yeee



Nama nye Ljoe. Korea jugak, so kau apahal? Tak suke? Lantak kat hang. Backoff girls, he's mine ! Hahaha. Bila dikenang betapa suka nya gua dekat dia, gua sanggup pergi konsert ayam ni. Betapa jahil nya aku time tu. Haha. tapi jangan silap, aku just adore dia kayy. Tak puja, jangan silap. Aippp, jangan silap ! tinggi dia ni 171cm camtu je, tinggi lagi ex crush aku. Hahaha. k k.

Kalau wujud ciri-ciri lelaki idaman gua tu, contact me kay ? *kenyit hidung* hahahaha k gurau, jangan contact gua. Jodoh tuhan dah tetap kan :) Oright. Bye :* (Sila hala kan cursor dekat gambar untuk HD. LOL)


Pengguna digigigigii & uuuuuuumobile / 0 comments (+)
Assalamualaikum 



Why not spongebob jadi mascot digi eh ? hahaha terpikir kejap. Oright. Pengguna digi ni banyak jugak kelebihan yang dorang dapat kannn. Kenapa telco lain tak buat macam ni? Kenapa ?! Okay cukup. Cerita dia, bila korang yakni pengguna digi subscribe internet , yang kaki internet tak boleh hidup tanpa internet. Hahaha. Bila subscribe Digi's Monthly 30 Prepaid Mobile Internet , digi bagi extra 888MB, so dia akan jadi 1.888MB. Wuuu banyak gak lah kan. 1GB tu pun dah kira banyak kalau subscribe internet dekat phone sebab selalu aku subscribe internet, 1GB tu kira bersyukur baq hang. Kalau tak bersyukur tu, lantak pi kat hang. hahaha k. At least boleh lah kan korang nak download game floppy bird ke kann. sebab flappy bird dah takde. ahaks ! Atau pun nak berinstagram ke kannn, yang queen or king selfie tu kannn. Molek lettew . 

Bukan senang nak dapat. Kalau ade yang tak faham, korang boleh je pergi dekat website digi, ataupun nak redirect terus, klik link ni , DIGI , link betul kay, tak tipu !!! Promotion sampai 28 February ni jee. Baik cepat. Get ready to huat huat huat ! Dekat link yang aku kasi tu, dia ada cara macam mana nak redeem extra 888MB tu. So no worries kay :D Jangan gelabah bila tak dapat extra 888MB tu. Kalau tak nampak link tu, nah sekali lagi aku kasi , DIGI , so ape tunggu lagi. pergi ler subscribe and terus kan main floppy bird . Oh oh, tak pun game Dumb ways to die ! Favorite doh. kehkehkeh. 

Tapi saya tak guna Digi kak :( Takpe takpe, don't sad beybeh . Sebab, Umobile pun ade promotion uolls ! Hihihi. Dari apa yang aku faham, U Mobile's all-new prepaid sim pack. Dah tahun baru kan, mesti lah tukar baru gak kann. Dekat sini pulak, dia bagi korang free high speed internet. Digi bagi extra 888MB free, umobile bagi free high speed internet. So jangan bersedih adik manis, even ko tak guna digi ataupun dekat area rumah ko susah nak carik digi ke hape, umobile ade jugak. Tapi kalau ko kaya, ko ade dua-dua telco ni, baik subscribe dua-dua ni cepat ! hahaha. Umobile pun ada bagi free calls to ALL. Haaaaa. baik cepat pegi usha promotion dorang, bukan senang nak dapat panggilan percuma ke semua kannnn. Korang pergi dekat site UMobile, SINI, dia ada terangkan pasal promotion dia ni. So jangan cuak kayy. UMOBILE  ok!



Btw, mesti ada yang tertanya-tanya hamende lah aku join burung kecik warna biru tu kann. No no, tu bukan twitter, tapi Churpchurp. Actually, aku dah lama join, tapi sumpah malas nak update blog. Ahaks ! So dah habis sekolah ni, boleh lah berjinak balik dengan blog yang dah ganeh ni. heks. Aku bagi sinopsis je eh, korang just kena share je iklan ape yang churp ni kasi, tak kesah lah nak share kat mana, twitter ke facebook ke myspace ke friendster ke. Social media lah kan. Dunia dah maju ennnn ~ Korang tak payah bayar ape-ape, just tolong share. Nanti korang earn lah berapa yang dia kasi, kalau banyak orang yang tengok ape ko share, banyak lah ko earn. berkepuk lah poket engko. hahaha. Tapi korang kena sign up dulu baru boleh share-share ni. Nak sign up katne? Hehehe. Jap yeee~ (bukan link tipu k)

Sign Up for FREE. Churpies --> HERE :)

Okay itu aje, nak layan running man kejap, semenjak bekerjaya ni kan, takde masa dah  nak jengah kwangsoo kesayangan i dah. hakhakhak bye uolls :3


Makan bersama budak hipster / 1 comments (+)
Assalamualaikum !



So macam biasa , harini masuk kerja and macam biasa macam biasa. Sebelum nak balik, budak hipster sorang ni dah call-call. Tak perasan pulak banyak miscall. Ahaks. Ye ler, canne aku nak jawab. Satgi si manager sembur aku satgi. Terbongkang kat situ. Jadi nak dipendekkan cerita, aku mesej si budak hipster ni senyap-senyap. hahaha. Tunggu 5 minit jewww . Lulz ! Sesungguhnya aku rush turun ke bawah tadi kayy. Siap berebut-rebut lagi. Mohon bersyukur ! Heks. Macam biasa, geng hipster gua yang gua sendiri tak tau asal gua panggil hipster. Gasak aje lah kan. Trio dah tak wujud dah aku rasa. hahaha.

Budak hipster ajak pergi makan lepas gua habis kerja. Maka ikutin aja lah. Kali ni kimi bawak kereta, bukan ajim dan macam biasa mas azam duduk dibelakang. Hahaha. So kami makan di 21 Grilled dekat dengan I-City ipoh. HAHAHA. Ye aku tau poyo nak ade I-city gak. Tapi itu lah hakikatnya ! Makan ape bende tah, dorang yang order. hihihi. Tapi makan share-share uolls. Sawit tak? luls. Risau tak habis je, sebab tu share. Then, makan makan makan makan. Supper gamaknye.

Lepas dah habis makan, nazim still lapar. Gua tak tau perut dia ada berapa tank. Hahahaha. Tapi badan maintain kurus, cisss ! So nak jadikan cerita, dia suruh singgah McD. Dengan harapan nak pergi drive thru. tengok-tengok McD blackout. Hahaha. Aduhai sedih. So terus balik je tadi, dalam 11 nak ke pukul 12 jugak lah kan. Ish Ish Ish. Tapi dengan ape yang berlaku dengan pintu kereta tadi, aku rasa aku lembik ! Hahahahahaha -.- Thank you for the ride and late night date with 3 budak hipster. Hahaha :)

Bye and don't forget to follow me on Instagram (erizizah)


Bonjour ! / 0 comments (+)
Hello and Assalamualaikum !

I'm back ! Dah lama tak berblogging. Hehehe. Memandangkan dah habis SPM *LOL! dah 2 bulan berlalu* kini I kembali berblog uolls. Miss me ? NO??! Aip ! Cepat rindukan aku cepat ! K gurau. Actually, dulu url blog lain. Ahak ahak ahak. Ni blog baru. If you guys still remember me and i bet you dont , this   is coretansieelsdanb2uty.blogspot.com .

Blog dulu tu macam epic semacam je . Hahaha. Tak tau tang mana yang epic, gasak aje lah. So here we go. Change everything la kannn. Maybe blog yang dulu cam bebudak ice pop je kann. Blog kalini ice cream haagen dazs. Haaa hambik engko . Hahahah. Tengok lah macam mana kan. Rasa macam nak merajinkan diri berblog. Hekhekhek. Berangan itu indah. So akan ku coba untuk merajinkan diri update kayyy. Tapi kalau jarang update tu, maaf kan beta yaa. By the way, silalah follow gua di Twitter & Instagram. Hohoho.

Setakat ni je lah dulu, nak siap pergi kerja baq hang T_T Mamamamamamamalassss ! Okay bye. Click SINI ! :)


← OLDER POSTS | HOME | NEWER POSTS →

Assalamualaikum
I'm Clarissa Adele Morgenstern (nama tipu). Seorang manusia yang masih terkapai-kapai mencari cahaya. LOL ! Thank you for dropping by. SILA HALAKAN CURSOR PADA GAMBAR UNTUK HD (1080p).

My life in picture
Follow @erizizah



CLICK HERE PLEASE


FOLLOW+ DASHBOARD♥