about ✿ more ✿ Entry ✿
Cinta? Luls ! -.- / 0 comments (+)
Assalamualaikum and Hai fellas ~


Semakin lama aku tak tau nak letak gambaq apa. ahahaha. gasak aje lah kan. So, actually aku nak cakap pasal cinta couple bla bla. Bila jumpa kawan baru je, kawan aku akan tanya aku ade boyfriend ke pernah couple ke, the answer is no, yes , NO ! Siapa lah nak kat aku kan, beside aku malas jugak nak terjebak dalam dunia percintaan ni. Sebab aku nak masuk universiti dulu, then belajar-belajar. Kot-kot jumpa jodoh kat u ke, lecturer macam do min joon ke . hahahahahaha k. Dan tiap kali gua cakap tak pernah takde, dorang kata gua penipu. Ah pi mampuih ! hahaha. Sekadar minat tu ada ah, crush gitu. Tapi tak ada terlintas pulak nak couple. Sebab masa form 5 gua ada confess dekat crush gua, dan niat gua confess dekat dia sebab nak lepaskan ape yang terbuku di hati. Aicehhh. Ye lah sebab nak dekat spm dah :P Memang sumpah tak ada niat nak couple, kalau ada pun mungkin 2% ? Hihihih. Kadang-kadang bila tengok couple or pasangan muda yang dah kahwin and sweet tu pernah lah terlintas kat otak, 'eh eh, sweet nye, nak gak.' hahaha. Tapi tunggu tunggu. Angan-angan aku, aku nak ada kerja tetap kereta dan rumah dulu. Tapi masa depan tak ada siapa tau kannn ^^




Actually, aku agak phobia nak terjebak dalam dunia tu. Macam-macam phobia gua ada, thantophobia, atychiphobia, agliophobia, pistanthrophobia,athazagoraphobia *sila google* Sebab meh gua cerita. Gua ada kenal satu pasangan ni, kira macam dah lama couple, dah tunang ah kan. Gua macam jadi orang tengah antara dorang dua ni. Bila ada masalah, gua kena calm down kan salah seorang. Sumpah aku cakap aku letih jadi orang perantaraan dorang dua ni. Masing-masing ego, tak sefahaman, jealous melampau dan bla bla. Sampai satu tahap, baru-baru ni, sampai ada sebelah pihak ni dia nak putus tunang or whatsoever, main-main ke entah. Aku dah macam ' Okay enough, selesai kan sendiri.Aku tak larat.' before this memang aku boleh tolong selesaikan salah faham dorang. Tapi disebabkan sorang ni ego tinggi melangit, sorang lagi pun sama. Macam mana kan? Lelaki A jenis tak percaya , setiap saat nak kena report. Perempuan A jenis baran dan jealous sama macam lelaki. If dua-dua tak percaya, macam mana bila dorang kahwin nanti? Tapi opinion aku, lelaki ni  macam entah lah, tak kan tiap kali kena report ? SERIOUSLY ? Semua couple macam ni ke? Daripada dulu, lelaki tu asyik cakap dia tak tahan bla bla. Tapi kenapa kau still nak teruskan ? Aku dah cakap, kalau nak give up, just move on . Otherwise, kau ada agenda lain? Bukan aku nak backup perempuan sebab aku perempuan. i'm neutral because im fabulous. Perempuan tu aku tengok elok je, tapi entah lah kan, tak pernah pulak aku nampak dia curang macam apa yang kau cakap. Aku kenal dia, aku tau dia macam mana.


Yang si perempuan ni pulak, aku pun tak faham asal dia still nak dekat laki ni. Ye, cinta. Tapi kalau dah sorang tu susah nak percaya dekat kau. Tu ke cinta? Oh sorry, aku tak layak nak bagi nasihat dekat orang bercinta ni. My bad. Tapi kalau aku, serious aku cakap aku move on, carik kerja bagus, ekonomi hidup dah kukuh. Aku carik lelaki yang better daripada ex tunang aku, aku tunjuk dekat dia aku mampu carik yang lebih baik dari dia. TAPI , kalau lelaki yang mintak putus. Takpe, tak kisah lah orang nak cakap buruk pasal aku, asal kan kehidupan aku lepas kahwin okay. daripada terseksa kan ? Hihihi. Tengok masalah dorang buat aku rasa macam tak nak dekat langsung dengan cinta or bla bla. Poyo kan? Macam mintak penampar je aku. HAHAHA. Tapi to be honest, dulu masa sekolah, ada mamat ni, suka dekat aku. Entah kenapa aku rasa aku jahat, yes, memang dari dulu aku rasa tak percaya dengan love love gitu. hahaha. Lelaki ni minat ah dekat aku kan, aku saja macam bagi harapan dekat dia, layan dia baik ah kan. Sampai dia ingat aku pun suka dia. Hahaha. Kira nya aku macam nak mainkan perasaan dia. Kiranya bukan dekat dia je, siapa yang pernah minat aku, aku macam bagi harapan and ada yang TERbagi harapan secara tak sengaja. kurang ajar sia aku. ahahaha. Kena dekat diri sendiri baru tau. Maaf kan aku, pengalaman orang lain buat aku jadi macam ni. Yep, memang rasa bersalah. kadang-kadang aku tak suka orang suka ke fall in love ke ape dengan aku. Semak. hahaha. gaye macam ramai peminat, blah ah. Diri aku sendiri menyampah XD




Memang tak semua orang macam pasangan yang aku cerita tu, tapi nila setitik rosak susu sebelanga kan? Sebab bukan sorang couple tu je aku tengok, yang lain pun sama. So kalau aku kata aku ada minat sorang tu hensem ke ape, aku tak maksud kan. Even crush aku eh ex crush, hihihi. Tu just minat minat gitu je. Tak ada pulak sampai berangan nak ke jinjang pelamin. hahahahaha. lewls. Kalau ada jodoh ada lah , yedak? Tapi masalah nye sekarang, aku cakap pasal cinta ni pehal? gatai sangat ke camne? ahahaha. getek aih. Sudah sudah, bijak lah dalam membuat keputusan ye. Jangan buat keputusan masa marah, pergi ambil wuduk ^^,

Aku mintak maaf :) Sekarang awak tau kenapa saya kejam kat awak dulu kan ? :P 


← OLDER POSTS | HOME | NEWER POSTS →

Assalamualaikum
I'm Clarissa Adele Morgenstern (nama tipu). Seorang manusia yang masih terkapai-kapai mencari cahaya. LOL ! Thank you for dropping by. SILA HALAKAN CURSOR PADA GAMBAR UNTUK HD (1080p).

My life in picture
Follow @erizizah



CLICK HERE PLEASE


FOLLOW+ DASHBOARD♥